Sunday, October 24, 2010

Fakta menarik pelancongan di Terengganu

  

1. 
Tasik Kenyir - Tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara yang dibina untuk menjana kuasa elektrik. Tasik ini seluas 2,600 kilometer persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

2. 
Pulau Perhentian - Pulau paling menarik di Malaysia. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Keistimewaan kedua-dua pulau ini ialah pantai yang bersih dan airnya jernih. Mereka yang ingin ke pulau ini boleh menetap di Perhentian Island Resort.

3. 
Pulau Redang - Pulau paling popular di kalangan peminat skuba kerana kejernihan airnya. Tempat penginapan menarik antaranya Berjaya Redang Beach Resort dan Laguna Redang Island Resort.

4. 
Kuala Terengganu - Anda boleh membawa keluarga bersiar-siar di Waterfront, membeli-belah barangan batik di Pasar Payang dan menyaksikan pelbagai acara yang disediakan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Terengganu 2008.

Tempat pelancongan yang menarik di Terengganu


Terengganu - Negeri cantik, budaya menarik



BANDAR Warisan Pesisir Air adalah terjemahan tepat yang boleh diberi kepada ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu yang memiliki warisan sejarah, hasil kraf dan khazanah alam semula jadi.

Negeri yang tersohor dengan keropok lekor, songket dan sutera serta penyu itu mampu menjadi tempat pelancongan terkenal dunia jika produk dan aset alam semula jadi dipromosi sebaik mungkin.

Tema ‘Negeri Cantik, Budaya Menarik’ yang pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu memang bersesuaian dan bertepatan dengan masyarakat serta keindahan alamnya.

Pulau-pulaunya yang cantik sudah terkenal di peringkat antarabangsa, antaranya Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.



Menyedari keunikan dan keistimewaan yang ada di Terengganu, kera jaan negeri dengan kerjasama Maj lis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) mengadakan pelbagai aktiviti untuk menjadikan negeri itu antara lokasi pelancongan utama negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, berkata sepanjang tahun ini, pelbagai acara dijalankan sebagai usaha mempromosikan Terengganu.

Beliau berkata, semua acara itu diada kan berorientasikan pelancongan termasuk pelancongan sukan, agro dan homestay.

“Masyarakat luar termasuk pelancong asing memang sudah mengenali ke indahan pulau, Tasik Kenyir, kehijauan flora dan fauna yang ada kerana Terengganu antara destinasi utama jika mereka melancong ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, baru-baru ini.

Mohamed berkata, acara terdekat bakal berlangsung pada 22 dan 23 April ini iaitu Kapas-Marang International Swimathon yang setakat ini membabitkan penyertaan kira-kira 150 peserta terma suk 21 peserta dari sembilan negara.

“Penyertaan peserta luar menunjukkan Terengganu kini dikenali dengan penganjuran pelbagai aktiviti pelancongan termasuk pe nganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

“Dalam acara itu, peserta akan merentasi Laut China Selatan sejauh 6.5 kilo meter bermula Pulau Kapas dan berakhir di Pantai Peranginan Kelulut, Marang,” katanya.

Oleh itu, katanya, pada tahun ini, kerajaan negeri berusaha untuk mempelbagaikan keunikan dan keistimewaan Terengganu melalui program yang diadakan.

“Acara pelancongan yang diadakan pada kali ini lebih bervariasi bertujuan memperkenalkan produk yang dihasilkan masyarakat setempat.

“Sebelum ini, kita kurang memfokuskan penghasilan produk tempatan melalui penganjuran acara tahunan seperti Pesta Terengganu, tetapi kini sepanjang karnival akan diadakan gerai pameran serta jualan pelbagai produk tempatan melalui pemba bitan agensi kerajaan, swasta dan individu yang terbabit dengan sektor pelancongan negeri,” katanya.